Sudah seperti rutin aku akan mengupdate blog. Sungguh rajin diri ini. Hahah. Walaupun aku tahu takda sorang pun yang baca kisah hati ni. Ya.. hanya aku dan Allah S.W.T sahaja faham apa yang aku lalui. Lemah dan Kuat. Itulah diriku saat ini. Kuat untuk cinta tapi pada masa yang sama lemah kerana cinta.
Baiklah. Aku akan terus meluahkan isi hatiku.
Hari ini dah masuk hari ke-4 aku jadi orang bodoh. Seriously, aku tak pernah mengalami perkara yang macam ni. Pagi, petang, siang, malam jari ni tak pernah muak untuk menekan setiap huruf yang ada. Hati ini tak pernah muak untuk mengharap balasan daripada si dia.
Apa dah jadi kepada diriku?
Hanya Allah je yang tau :')
Kenapa ?
Mudah sahaja jawapannya. Kerana aku cinta, aku sayang akan dirinya yang aku sendiri tidak pasti adakah perasaan itu masih ada pada dia.
Aku senyum. Aku ketawa. Aku marah. Aku merajuk. Semua ini hanya biasa sahaja bagiku. Akan tetapi bila aku menangis kerana cinta, dengan mudahnya hatiku menjadi sakit. Ngilu. Seperti di cucuk dengan jarum.
Aku sudah kalah. Ya. Kalah kerana cinta. Itulah perkataan yang paling aku takuti. Buat kesekian kalinya aku gugur di medan 'perang'. Setelah hampir setahun aku 'membina' kekuatan sejak 'peristiwa' itu. Dengan mudah sahaja aku dikalahkan. Ternyata 'latihan' yang aku jalani cuma lah untuk 'peristiwa' itu sahaja. Sungguh lalai diri ini.
Akanku berhenti kisah hati ini buat sementara waktu. InsyaAllah panjang umurku kisah hati ini akan tetap ada.
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment